Friday, June 3, 2011

Tiga

Aku pun jejak hostel flat tersebut. Mak ai, bilik aku ni dah tingkat 3 pulak. Sikit punya jauh okey, nak  sampai bilik aje kena naik 6 baris anak tangga. Huii. Tu baru nak naik bilik, belum lagi dari kolej yang kena jalan 20minit tu, perghhh kalau macam ni punya banyak jalan, sok mau kaki aku timbul muscle ni. Kaki je macam the hulk, yang lain tu menten macam biasa. Eh cacat pule gaya nya kalau kaki je gabak. Tapi masa tu aku pun dah ada gambaran aku bila dah habis belajar kat sini nanti, sah -sah aku jadi macam model nasha aziz tuh. Ramping gituh.

Aku pun meng'enter' rumah hostel flat (dah rumah,hostel,flat pulak) aku tu dengan perasaan yang berdebar-debar. Ntah macammana la, ni first time ni aku duduk dekat luar ni. Suspen terlebih. Bila aku masuk, aku pun tengok. Oh, bilik ada 3, ruang tamu, tandas ada satu, then dapur dan belakang tu macam tempat untuk ampaian. Hmm. Belakang flat hostel kitaorang tu ada lah hutan teball... aku pun jenguk, e'eh nampak macam ada al-monyet berkeliaran je dekat belakang ni. Bikin seram betul.

Dan wajah aku yang innocent waktu itu mengukir senyuman. Ok, mana satu bilik aku ni. Tiba-tiba aku nampak nama aku di pintu bilik tengah. Oh, ok kat sini. Aku pun letak beg dan waktu tu semua orang dah ada dalam rumah tu. Aku senyum dan sessi perkenalan pun berlaku. Sorang nama Zu dari Kelantan, bilik depan dengan Kak Qamar dari Perak. Bilik tengah adalah aku, dari Pahang dan Angah dari Kedah. Bilik belakang adalah Along dari Selangor dan Farah dari Negeri Sembilan. Huii gila multistate bilik aku ni. Dahsyat tak dahsyat jugak la. Aku tengok si Along, Angah ngan Farah ni pakai tudung labuh. Puiii rumet gua pun pakai tudung labuh, bidang yang 60 tuh. Insaf pat minit.

Dan bila nak borak, baru kenal kan. nak borak pun kekok kekok. Rupanya angah dan along ambil kos agama,patut la tudung kau labuh semacam je hikhikhik dan aku, Farah, Kak Qamar dengan Zu satu kelas.Tapi tengok gaya angah rumet aku ni cam jenis peramah jugak. Along dan Farah katanya memang dah kenal sebab dulu sekolah sekali. Kitaorang pun lepak-lepak sambil borak-borak. Orang Kelantan cam Zu tu cam biasalah, cakap mesti nak kecek selenggg kelate dia nye, nasib baik aku memang 100% paham orang kelantan cakap sebab Mek aku dok kat Thailand sempadan kelantan so takde masalah la nak paham loghat kelantan ni, picisan aje bagi aku (riak takabur) Yang aku takpaham cuma Farah je sebab dia ngomong jowo. Pergh skali aku dengar dia cakap tepon ngan mak dia yang cakap dia okey je kat situ, ngangaaaaa aku. Sepatah haram jadah aku tak faham oreng koreng loreng semua. Adoii. Angah rumet aku cakap loghat kedah, tu biasa la sebab baku so takde masalah.

Aku pun masuk bilik konon nak mengemas bilik dan seterusnya, feeling-feeling pelarian sebab baru first time jauh dengan family. Mak ngan ayah aku tadi nampak rileksss je!! Tak nampak sedih pun anak bongsu dia ni nak masuk kolej! Huh. Emooooo aku time tu. Aku mengharap la jugak kan, mak aku nangis ke sebab anak bongsu kesayangan dia masuk kolej, jauh dengan family, yela 5 jam kot dulu naik kereta sebelum adanya Lebuhraya Pantai Timur tu. Ni bukan stakat tak nangis, sengihhh lagi adalahhh. Nak harapkan sedih?? Nann hadooooooooooooooooooooooooooo.

Tensi aiii tidur malam hitu.

Thursday, June 2, 2011

Dua

Tup tup aku dah sedar pagi esoknya. Pergh terasa macam gagah nak pergi sambung belajar ni. Iyaa aku dah dewasa!! Begitulah hati aku berkata-kata. Setelah bersalam salaman dengan nenek dan Mek, menangis tak ingat dunia macam la nak pergi berperang kat Mongolia, Mek aku tu la,feeling lebih nangis camtu. Dia sunyi la tu nanti tak ada orang nak teman dia tengok cerita hindustan. Selalu aku yang teman dia tengok hindustan.

Aku nak nangis beriya pun tak ternangis sebabnya aku lebih rasa suspen macammana la nak mengharungi kehidupan di kolej tu nanti. Dengan sorang-sorangnya, tak ada kawan. Dah lah aku ni tak pernah-pernah duduk jauh daripada family, ni baru first time nih, boleh ke aku survive nanti. Macammana kalau ada tikus dalam almari baju aku nanti? Sape nak tolong buangkan? Segalanya bermain dalam benak kepala aku yang semulajadi benak ni. Disebabkan kepala aku ni benak dengan pelbagai perkara, maka sepanjang 4 jam setengah tu aku pun tertidur dalam kereta (alasannnnn)

Di KL, kitaorang pun berhenti makan sambil tunggu abang aku yang belajar dekat Nilai untuk turun sama bagi menghantar adiknya yang kiut sorang ni untuk sambung belajar.  Aku yang extra nervous masa tu asyik suspen je, muka dah kelat semacam je kan. Nervous terlebih. Abang aku dok cakap "ala rileks la dik.. cool la" dia dok bantai gelak-gelakkan aku, cakap muke aku cam ayam la ikan laga la apa la. Jimbet betul abang aku time tu.

Sampai je dekat kolej XYZ aku tu, aku pun tergamam. Herk! Ni kolej ke apa ni? Serba serbi kekurangan je ni. Macam sekolah pun ada, simple sangat ni. Aku pandang kiri, aku pandang kanan. Semua budak nampak macam baik baik aje, yang pakai tudung besar pun banyak. Gulp. Aku punya tudung? Macam tudung 3 segi biasa tu, simpang kiri kanan. Tengok ramai sangat budak tudung labuh aku pun bukak pin kiri kanan dan turunkan tudung tu ke bawah. Ehh pandai plak malu ko kannnnnnnnnnn. Kitaorang pun pergi menuju ke office untuk mendaftar. Aku tengok ramai pulak mak ayah orang yang pakai tudung labuh, berkopiah bersongkok. Erk! Insaf empat hari.

Selesai mendaftar, kita orang pun pergi mendengar taklimat. Taklimat itu ini tentang misi dan visi kolej. Ops! Lupa pulak yang anak sedara aku pun mengikut jugak time tu, masa tu si Adam umur 2 tahun setengah kot. Boleh pulak time orang tengah bagi taklimat tu dia pergi lari lari depan orang tu, aku rasa macam nak seligi je mangkuk hayun seko ni, nasib baik la kecik. Budak-budak laki yang lain pun konon-konon cuit-cuit la anak sedara aku sebab dia kiut konon, padahal dalam hati dah terbako tengok budak kecik ni dok meloncat sana sini. Aku pun jengil muka pastu dia pun duduk terpeleot sebelah mak aku. Saboo jele.

Selesai sudah taklimat maka tibalah masa untuk pergi ke hostel. Oh ye, hostel tu bukan dekat kolej tau, hostel tu adalah satu blok flat yang kalau jalan kaki tu 20minit jugak la nak sampai ke kolej dari hostel tu. Bikin ketiak basah jugak la kalau dah panas terik tahap 50'c tengahari tu (over je 50'c,kau ingat Zimbabwe ke nak 50'c??).

Sebelum tu, mak aku telah menghadiahkan aku sebutir henset! Perghhhh. Handphone pertama yang aku dapat masa tu!!! Aku eksaited gila okey. Handphonenya adalahhhh nokia 3310! Yeayyy! Masa tu tengah hot nokia butterfly tapi dapat 3310 ni pun dah kira syukurrrrr alhamdulillah, eh siap lampu kaler biru okk. Kau adaa??? Hahaha. Masa tu nokia tengah lampu kuning. Kira aku cam up sikit la lampu warna biru. Ewah. Riak takabur. Biasala, zaman dulu nak dapat henset susah tau. Kredit pulak topup 50 je, haramjadah betui. Tapi serius okey, aku first dapat handphone umur aku 18 tahun time masuk kolej, dah tu nokia 3310 pulak tu, enset tu ada lagi dekat dalam laci kat rumah aku, aku simpan sebagai kenangan. Dah jahanam.

Dan. Aku pun officially mendaftar sebagai pelajar di kolej XYZ itu. Family aku pun menghantar aku ke hostel tersebut dan pelbagai cerita dan perkara yang terjadi semenjak hari itu.

Jeng jeng jeng..

Thursday, May 26, 2011

Satu

Erghhh. Aku sikit punya kusut. Tengok result SPM pun tak selera. Aku yang tuan empunya result pun tak selera tengok result sendiri, inikan pulak orang lain. Mak ayah aku lagilah, bukan tahap tak selera nak tengok, bau result aku pun nak muntah (over)

Hmm.. dalam hati aku terfikir. Aku nak ambik IT la kot, aku rasa macam aku cenderung ke arah IT je. Yela, sepanjang cuti SPM aritu, dok main mIRC (zaman aku still mIRC okkkk!) je tetiap malam, bila aku asyik main chatting aje, maka dengan itu sohehlah bahawa aku cenderung ke arah IT. Kannnnnnnnnnnnnnn? Time dulu aku pikir macam tu la, ape ke bongok betul tahap pemikiran aku tu, ape ingat kalau amik IT boleh chatting hari hari ke hape? Gilo.

Kakak aku time aku tunggu result tu dia ada kat rumah, dalam sesi pantang dengan anak sedara aku yang no 1, Adam. Dan aku pun cakap ngan kakak aku.

"Kak Na, kita rasa kan macam nak ambik IT la. Aok pikir camne?" aku berkata. Oh ye, aku orang pahang. hiks!

Kakak aku menjawab "Lerr.. aok tau dok bape ramai orang amik IT skang? Berpuluh ribu weiii.. toksoh le,aok amik mende lain" gitu pulak dia jawab.. Oh ye, akak aku merupakan lecturer IT. Kuang asam tak? Dia lecturer IT tapi dia takkasi aku ambik IT. Takut aku carasss diaa le tuuuuuuuuuuuuuuuuuu, dalam hati ku berkata kata.

Satu hari aku dapat tawaran ke kolej XYZ, untuk belajar ilmu tentang manusia.

Dan aku pun membuat keputusan untuk pergi ke kolej itu dan mengambil jurusan itu.

Haa. Rumah aku ade pembantu rumah yang kitaorang panggil Mek. Mek ni jaga aku dari umur aku 2 tahun. Jadi menangis lah dia teresak esak bila dia tau aku nak gi sambung belajar satu kolej XYZ tuuuuu.

"Wuuuu aok suke la pegi kolej saneee, takde orang nak maroh aok lagii pasnii.." gitulah kate kate dia sambil nangis sot sot sot. Ade pulak cakap aku gitu, adoiii tapi time tu aku diam je. Yela, orang tengah emo kan.

Malam tu aku suspen, sebab esoknya aku akan pergi ke tempat baru. Keseorangan. Tiada kawan. Mampukah aku survive dekat sana nanti...?

Dan aku tidur dengan pelbagai perkara bermain dalam fikiran dan otak aku. Dah macam einstein pulak rasanya bila taip tidur dengan pelbagai perkara bermain dalam fikiran aku. Cehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Pengenalan

Aku rasa kebanyakan orang akan sama pendapat dengan aku, iaitu waktu belajar ialah waktu paling heaven. Paling huha huha.

Jadi untuk aku, aku nak titipkan selagi boleh memori waktu belajar aku dalam blog ni. Yang mana waktu yang paling aku cherish sekali. Sedikit demi sedikit dalam memory otak aku yang tak berapa nak cerdik ni.

Cerita di dalam ini adalah kisah aku waktu di kolej dahulu. Tapi kadang kadang akan selalu juga terpesong tentang cerita aku ni, tengok la agak agak boring, aku cerita juga pasal lain. Tidak terfokus pada cerita kolej semata, terkadang cerita lain jugak akan timbul. Tapi motif blog ini, adalah mengimbas kenangan aku masa di kolej dahulu lah.


PS :/: Tak sangka waktu kolej aku dah lama berlalu. Yang tinggal sekarang, hanyalah kenangan pelbagai rasa.